PENCINTA CERITARA CINTA

SAAT TERINDAH (^_^)

pertemuan pertama kali 16 . 03. 2009

jadi kawan 17 . 03. 2009

declare hubungan 30. 03. 2009

mr. nizae bufday 28. 01. 2010

mrs. nizae bufday 30. 03. 2010

nizae e-day 28. 05. 2010

nizae solemnization 26. 03. 2011

nizae reception 27. 03. 2011

Friday, December 3, 2010

konsep perkahwinan

 cik nizae ingin kongsi skit info untuk bakal pengantin 2011 ni...msti
tgh pening memikirkan konsep perkahwinan anda kan...ni de sdkt info
utk dishare bersama

Busana pengantin
Majlis kahwin bukanlah majlis yang boleh dirancang pada saat-saat akhir. Perancangan rapi amat perlu, demi sebuah majlis yang sempurna dan manis untuk dikenang sampai bila-bila. Begitu juga pabila berbicara tentang busana perkahwinan. Semua punya persalinan idaman masing-masing. Tidak kira anda sukakan yang moden, kontemporari atau yang tradisonal, paling penting penampilan anda mesti cantik berbanding hari-hari biasa. Dalam hangat memperkatakan penghujung 2010, fesyen raja sehari tetap menyusuri dunia fabrik peragaan baik dalam mahupun luar negara. Barisan nama tersohor dunia membuahkan kreativiti dalam inspirasi putih dan warna-warna lembut dengan potongan dan perincian baru nan segar. Busana gaun kembang, potongan duyung dengan lisu
dan perincian mewah berserta fabrik indah yang menghasilkan rupa bentuk rekaan yang cantik dan ‘terletak’ kemas seperti lakaran asal pereka tersohor dunia, Vera Wang, Oscar De La Renta, Carolina Harrera dan Badgley Mischka. Menurut pereka muda tanah air, Syahrir Nurdin, beliau meramalkan gaya yang akan menjadi ikutan ialah gaya kontemporari dan fantasi, dan rona-rona pastel akan menjadi kegilaan bakal pengantin 2011. Selain warna putih yang sinonim dengan kahwin, rona yang akan menjadi trend 2011 ialah burgundy atau merah manggis. Ronanya sesuai dengan semua warna kulit dan bentuk tubuh. Dari segi fabrik pula, ialah taffeta, sifon dan organza. Bagi busana nikah atau pertunangan ciri-ciri kemelayuan tetap menjadi identiti, yang tak pernah lekang dek panas tak pernah lapuk dek hujan buat pereka tersohor Salikin Sidek. Sulaman goyang yang merupakan teknik lama dalam sulaman tetap utuh sebagai pilihan menyulam motif bunga pada sehelai kebaya. Buat pereka ini setiap yang berunsurkan Melayu pasti terdapat keindahan yang tiada bandingannya.

Gaya Solekan
Solekan tidak seharusnya menukar rupa sebenar kamu. Bukankah lebih baik orang mengenali wajah anda pada hari bahagia buat anda? Apatah lagi bagi tetamu yang pertama kali melihat anda. Lucu nanti apabila bertemu dengan anda selepas itu. Pastinya, mereka akan mengerut dahi kerana tidak mengenali anda, lantaran ketika persandingan anda tempoh hari anda seperti memakai topeng orang lain. “Kemasan solekan bedak asas menentukan kesempurnaan kecantikan seterusnya. Juga anda pelu sedar bahawa solekan asas bukan bertujuan mengubah warna kulit jua wajah asli anda. Sebaliknya ia sekadar dipadankan sehampir mungkin dengan kulit wajah asal”.

Pelamin & deko
Apa sahaja yang berkaitan dengan majlis kahwin semuanya mesti serba cantik. Tidak kiralah di mana majlis diadakan,hotel, dewan atau rumah, hiasan singgahsana raja sehari haruslah cantik. Maklumlah bila ada majlis kahwin tentulah ramai datang merai. Citarasa buat bakal mempelai 2011, pastinya berbeza buat tahuntahun sebelumnya. Namun, yang paling penting kamu sendiri suka dengan konsep atau tema yang akan dijelmakan. Begitupun, apa yang penting konsep pelamin samaada tradisional ataupun moden akan menjadi penentu kepada perkahwinan seseorang. Bagi tahun 2011, konsep pelamin campuran tradisonal dan kontemporari akan mejadi trend buat bakal mempelai tahun hadapan.Pengubahsuaian pelamin turut mendapat tempat dalam perkahwinan Melayu hari ini. Dahulu, hiasan pelamin yang serba ringkas dan kurang bermain dengan warna menjadi pilihan bakal mempelai. Kini, dengan penggunaan dua atau lebih warna kain berserta aksesori pelamin seperti bunga-bungaan, hiasan gantung dan lampu, ia dapat menterjemahkan konsep moden dan eksklusif pada majlis persandingan. Buat pereka muda ini, Faiz dari Reka Teemor, “Paling penting apabila menata deko pelamin, saya akan perhatikan personaliti bakal pengantin tersebut. Bagi saya pelamin mestilah seiring dengan personaliti, jika tidak pelamin tersebut gagal menyerlahkan penampilan Raja Sehari.” Menurut Faiz dia sukakan gaya berstruktur dan penuh ciri-ciri romantik. Rekaan sebegini menurutnya berupaya menggandakan ilusi keluasan pelamin. “Setiap rekaan pelamin yang saya hasilkan untuk setiap pasangan pengantin tidak akan diulang tayang untuk orang lain. Ia eksklusif. Jika ada pun, hanya satu dari 10 orang yang inginkan gaya yang sama. Namun ia tidak akan sama 100%. kalau nak buat, biar betul-betul ‘grand’. Buat biar ada impak, jangan ala kadar sahaja,” ujar Faiz pereka perkahwinan yang sedang memuncak namanya. Bagi yang berminat untuk mendapat sentuhan magis Faiz, bolelah melayari laman sesawang ww.rekateemor.com. Banyak lagi hasil kerja yang menakjubkan menanti anda di sana.

Gubahan Hantaran
Tatkala menjelang sesuatu majlis pertunangan ataupun perkahwinan, barang-barang hantaran semestinya menjadi salah satu agenda yang terpenting. Lagipun, sudah menjadi adat dan tradisi masyarakat Melayu untuk berbalas-balas hantaran semasa kedua-dua majlis tersebut berlangsung. Selain bertujuan untuk menyerikan sesuatu majlis, gubahan hantaran yang digubah dengan unik dan cantik juga menjadi tarikan mata-mata yang memandang. Antara ramalan buat gubahan hantaran 2011, bunga segar tidak lagi mendapat tempat buat mempelai. Untuk gubahan yang lebih ekskulsif hantaran yang berasaskan bunga satin dan lace menjadi pilihan. Selain tampak eksklusif, ia juga tampak mewah untuk di buat sebagai cenderhati. Cara pembuatannya agak sama dengan gubahan bunga stokin tetapi ia lebih memerlukan ketelitian di samping produk yang digunakan agak mahal. Ikuti, Pesona Pengantin pada isu yang akan datang mengenai cara pembuatan gubahan hantaran bunga satin dan lace.

No comments:

Post a Comment

comments on ceritara cinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...