PENCINTA CERITARA CINTA

SAAT TERINDAH (^_^)

pertemuan pertama kali 16 . 03. 2009

jadi kawan 17 . 03. 2009

declare hubungan 30. 03. 2009

mr. nizae bufday 28. 01. 2010

mrs. nizae bufday 30. 03. 2010

nizae e-day 28. 05. 2010

nizae solemnization 26. 03. 2011

nizae reception 27. 03. 2011

Wednesday, November 10, 2010

JADILAH LELAKI PALING MENARIK DIMATA WANITA




Menjadi lelaki idaman wanita m
emang tidak sukar sekiranya anda mengetahui apa yang disukai wanita. Selain itu ikuti juga tip-tip di bawah ini yang membolehkan anda menjadi yang cukup menarik di mata kaum hawa.

EMOSI
Wanita mudah benar menerima lelaki yang romantis. Ditambah sedikit sikap penyayang, lelaki begini akan jadi pujaan hatinya. Namun, untuk menjadi lelaki yang menarik di hati wanita, anda perlu mengetahui keadaan emosinya. Ini kerana pasangan sentiasa terlibat dengan kasih sayang dan cinta. Jika anda pandai membaca emosinya dan tahu cara mengendalikannya maka anda adalah lelaki yang sempurna di matanya.


LIHAT ISINYA BUKAN LUARAN
Jangan menilai diri seseorang dengan penampilannya saja sebaliknya anda perlu menilai isi dalamannya. Begitu cara mahu menakluki hati wanita. Mungkin luarannya seorang wanita itu tidak cantik tetapi isi hatinya suci bersih. Kalau anda mampu menilai peribadi berdasarkan mata hati, maka anda lelaki beruntung.


TAHU GARIS SEMPADAN
Satu lagi ciri lelaki yang menarik ialah mereka tahu batasan dengan wanita. Lelaki yang memahami adalah lelaki yang tahu menjaga batasannya, ia bukan saja melibatkan maruah tetapi masa depan wanita itu sendiri.


JUJUR, BERAKHLAK, TULEN DAN SEJATI
Lelaki terbaik adalah lelaki yang jujur, berakhlak, tulen dan sejati. Kesemua ciri-ciri ini memang dicari oleh setiap wanita kerana agak sukar mencari lelaki yang memenuhi impian setiap wanita.


SENTIASA BERHUBUNG
Wanita akan terasa dihargai dan disayangi bila anda sentiasa menghubunginya. Walau pun nampak seperti agak remeh tapi hakikat itulah yang membuatkan wanita jatuh hati pada anda.


BELAJAR MENGENAI KESELURUHAN KEHIDUPAN
Wanita biasanya cukup prihatin. Oleh itu cubalah tanya kepada mereka tentang aktiviti seharian yang dijalani. Selain itu tanyakan juga tentang ahli keluarga dan rakan yang rapat dengannya. Pertanyaan seperti ini akan membuatkan dia merasakan anda lelaki prihatin dan mengambil berat dengan kehidupannya.


JANGAN SESEKALI MENCEMUH
Kalau anda mengeluarkan kata-kata cemuhan kepada wanita, nescaya anda dijauhi. Oleh itu pujilah dengan kata-kata menarik, insya-Allah anda akan berupaya memenangi hatinya. Tiada siapa suka diperlekehkan baik lelaki mahu pun wanita.


TAKLUKI HATINYA
Membuatkan wanita bangga dengan anda, adalah satu bonus bagi lelaki. Begitu juga membuatkan wanita dihargai adalah satu tanda anda adalah lelaki idaman wanita. Justeru itu, apabila anda menyukainya, berterus-terang kepadanya. Jangan juga malu-malu perkenalkan dirinya sebagai wanita paling istimewa di hati anda kepada kawan-kawan kerana apabila anda berbuat demikian, pasti dia berasa bangga kerana anda sangat jujur.


SEORANG YANG KELAKAR
Lelaki yang peramah dan kelakar adalah idaman wanita. Anda akan jadi penghibur kala dia duka dan juga tempat berkongsi cerita.


MENGETAHUI SERBA-SERBI
Pastikan anda boleh bercerita tentang pelbagai isu baik ekonomi, politik, isu-isu semasa, sukan, hiburan dan sebagainya. Ia menunjukkan anda seorang lelaki yang sangat prihatin kepada keadaan sekeliling dan mampu menguasai banyak perkara.

MOHAMAD NAZAE...daku bangga memilikimu...
dan akan ku sayangi mu shhga nafas ku yang terakhir..
cINTA ini hanye milik mu selamanyer...
jgn tinggalkan daku...

No comments:

Post a Comment

comments on ceritara cinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...