BAJET NIKAH

Bajet merupakan perkara yang terpenting sebelum anda membuat persiapan untuk mengadakan majlis perkahwinan. Terdapat beberapa perkara yang perlu anda tekankan agar bajet yang anda gunakan tidak jauh ‘terbabas’, yang secara tidak langsung akan memeningkan kepala anda dan pasangan kelak. Lantaran itu anda perlu mempunyai bajet agar dapat mengawal perbelanjaan, tip untuk menjimatkan perbelanjaan, dan cara terbaik untuk menyelamatkan wang anda. Terdapat beberapa perkara yang perlu anda ambil kira. Satu perkara yang perlu ditekankan, biarlah bajet anda sesuai dengan kemampuan anda. Untuk itu beberapa cadangan yang boleh dibuat:
♥ Ibu bapa boleh menyumbangkan sejumlah wang apabila anggaran bajet untuk perkahwinan telah ditetapkan. Pengantin pula akan menambah menggunakan wang sendiri bagi mencukupkan bajet untuk majlis perkahwinan tersebut.
♥ Ibu bapa pada kebiasaannya akan menampung perbelanjaan untuk katering dan busana perkahwinan. Pihak pengantin pula akan menyelesaikan bayaran untuk pelamin, kamar beradu, kek perkahwinan, cenderahati tetamu, dan lain-lain lagi.
♥ Pengantin juga boleh meletakkan bajet untuk majlis perkahwinan. Contohnya perbelanjaan perkahwinan RM20,000. Ibu bapa akan menampung RM10,000 dan pengantin pula menampung RM10,000. Cara ini merupakan cara yang terbaik.
Berapa bajet yang diperlukan?
Jumlah bajet yang diperlukan untuk majlis perkahwinan anda sebenarnya bergantung kepada anda dan majlis perkahwinan itu sendiri. Jika anda mengadakan majlis perkahwinan di rumah dan dibuat secara bergotong royong, bajet yang diperlukan murah sedikit berbanding jika menggunakan perkhidmatan katering. Tetapi anda terpaksa mengeluarkan kos tenaga dan memerlukan bantuan daripada jiran tetangga. Jika anda mengadakannya di hotel, bajet yang lebih besar diperlukan bagi merealisasikan impian anda tersebut. Bajet juga bergantung kepada jumlah tetamu yang dijemput. Jika ramai yang dijemput, bermakna semakin besar bajet yang diperlukan. Bajet juga bergantung kepada jenis menu yang anda pilih, sama ada anda inginkan menu yang ‘mewah’ ataupun menu yang standart untuk majlis perkahwinan. Selain itu, pemilihan pelamin, busana, kamar beradu, cenderahati tetamu, dan dekorasi secara keseluruhan yang akan mempengaruhi bajet untuk majlis perkahwinan anda nanti. Jangan pula lupa untuk mengambil kira keperluan perkara-perkara yang kecil seperti kotak tisu, hidangan untuk tetamu-tetamu kecil, pewangi bilik, dan lain-lain lagi.
Tuliskan harga/kos untuk setiap keperluan
Majlis perkahwinan memerlukan perancangan yang teliti agar majlis berjalan lancar, tidak kucar-kacir, agar maruah anda dan keluarga tidak tercalar. Amatlah bijak jika anda menulis harga ataupun kos yang ketahui melalui ‘survey’ yang anda lakukan ataupun berdasarkan pengalaman rakan-rakan. Contohnya jika anda mengetahui harga busana perkahwinan, harga pelamin, dan harga katering, catatkan. Dengan adanya maklumat ini, anda boleh menguruskan bajet dengan lebih baik dan boleh membuat penyesuaian bajet.
Pastikan anda ada prioriti utama
Setiap bakal pengantin ada prioriti yang menjadi idaman. Ada pengantin yang mengimpikan busana persandingan yang mewah. Tidak kurang juga yang mengimpikan pelamin yang indah menawan. Setelah mengenal pasti perkara yang menjadi keutamaan, kurangkan bajet pada perkara yang anda fikirkan tidak begitu penting. Contohnya jika busana perkahwinan yang menjadi prioriti, untuk mengurangkan kos perbelanjaan anda boleh memilih jurugambar amatur.
Jimatkan wang anda!
Lihatlah keperluan untuk majlis perkahwinan anda. Jika dirasakan ada perkara yang kurang penting dan hanya menyebabkan pembaziran, lupakan sahaja. Untuk itu, jangan malu untuk bertanya rakan-rakan yang bergiat dalam industri perkahwinan untuk mendapat sedikit diskaun dan membeli barang-barang keperluan ketika ada jualan murah.
daku share bersama kpda bakal2 pengantin mengenai isu ini,,msti pening kan memikirkan urusan semua ni..semua kene disettlekan n memerlukan perbelanjaan..duit yang pntg..tp yang lbh pentg bakal penganti JANGANLAH MELAKUKAN terlalu banyak PEMBAZIRAN...pembaziran itu amalan syaitan
No comments:
Post a Comment
comments on ceritara cinta