PENCINTA CERITARA CINTA

SAAT TERINDAH (^_^)

pertemuan pertama kali 16 . 03. 2009

jadi kawan 17 . 03. 2009

declare hubungan 30. 03. 2009

mr. nizae bufday 28. 01. 2010

mrs. nizae bufday 30. 03. 2010

nizae e-day 28. 05. 2010

nizae solemnization 26. 03. 2011

nizae reception 27. 03. 2011

Tuesday, January 11, 2011

♫♫ menyentuh hati



dialog ni menyentuh hati ku n rase sayu sgt2...
meh mr n mrs nizae share bersama anda..
HAYATI bersama ♥

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan 
di tepi sebuah tasik yang indah.
Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. 
Kemudian si isteri bertanya
kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, 
namun begitu abang memang menyayangi dan
mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya?
Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya 
sedangkan abang tidak boleh
menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa 
abang memang cintakan
Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. 
Kawan-kawansaya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki,  
semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai.Dalam bentuk puisi dan syair lagi. 
Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, 
penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis 
dan setiap tapak Sayang melangkah, di
situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari
si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat 
kepadaisterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya 
di hospital. Surat tersebut berbunyi
begini :

“Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu… 
sekarang bolehkah engkau bersuara? 
 Tidak! 
Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu
sekarangbolehkah engkau menunjukkannya? 
Tidak! 
Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… 
sekarang bolehkah engkau tersenyum? 
Tidak! 
Oleh itu aku tidak bolehmencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. 
sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! 
 Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. 


Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang.
Aku
tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. 
Adakah cinta memerlukan sebab? 
Tidak! 
Aku masih mencintaimu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. 

Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia
tidak boleh dilihat, dipegang. 
Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

No comments:

Post a Comment

comments on ceritara cinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...